Saat Hati Kalut

on Rabu, 13 Agustus 2014


Apabila dirimu terperangkap oleh bisikan halus dunia..
Untuk berundur jauh sekali..
Semakin kau ketengah
Semakin kau binasa
Kerana diri mu tidaklah sempurna
Merasa dunia perlu di kejar
Tunduk pada yang insan tak terpilih
Lalu apa yang kan berlaku
Maka jawapan akan terjawab di suatu hari
Sedangkan dirimu di beri arah


Palingkanlah diri mu kemana jua
Tetap kau akan kembali pada yang jitu
Hak kepada kembali kepada yang hak
Belajarlah menerima hakikat
Dirimu cuma kepada hawa nafsu tak berjawab
Pengikut mu cuma mereka yang tamak


Pada lidahnya bertulang tiada


Kau ibarat kambing hitam segar


Berpaling ke kiri kau binasa


Berpaling ke kanan kau tersungkur


Pandanglah kebawah..


Zat illahi menunggu mu






Hidayah tak akan dtg bergolek dan dosa pasti datang melayang




Seperti angin di rasa bagaikan syurga di genggam ianya tiada 


Hanya kosong pada zatnya 


Lalu kau akan tersungkur binasa pada hari kau berkata 


Kerana ini kan hanya ujian 


Mereka melihat 


Mereka ketawa 


Katanya sahabat sehati sejiwa 


Pada diri mu yang senang sanjungan 


Pada mereka ibarat cacian 


Selemah iman dan kosong dalam qalbu mu 


Malu juga akan kau pikul pada dasarnya.. 


Lalu tanggapan mu 


Biar takdir mu jadi penentu 


Sekarang begini 


Esok pasti begitu 


Lalu kekal dirimu sebagai hamba peminta belas 


Pada manusia kau sungkurkan dirimu 


Sedangkan mereka tetap memandang hina dirimu 


Sedarlah sebelum kau tersedar 
Pada jalan benar pasti kau mampu


Asal kembali ke usul 


Mengenal diri mengenal tuhanmu.. 


Apakah dirimu sdh bersedia 


berjalan pada hakikat dunia 


Atau kembali pada ALLAH Taala

0 komentar:

Posting Komentar